Jumaat, 23 Oktober 2009

CERITA TENTANG MASJID

Ahli Jamaah

Masjid hanya dapat mendirikan solat waktu saja. Dan dapat mendirikan solat sunat masjid dan aktikap. Permohonan untuk mendirikan solat jumaat telah pihak jawatankuasa masjid kemukakan dari tahun 2006. Dan pada akhir tahun 2009 permohonan kami dibatalkan. Kami kemukakan cadangan untuk diri solat Jumaat saja. Soal nikah kahwin kami masih dibawah kariah masjid Zahir. Insallah kami akan buat rayuan seterusnya untuk dapat mendirikan solat Jumaat.

Jumlah jamaah setiap waktu lebih kurang 70 ahli jamaah dari anak kariah dan dari luar yang datang buat persinggahan. Masjid kampong Berjaya ada dua kampong dan sebuah taman. Kampung Telok Yan dan Seberang Nyonya. Dan sebuah Taman Teng Peng untuk mereka boleh bersama solat Jumaat jika luluskan oleh Pejabat Agama Islam, Kedah.


Agenda untuk Ahli Jamaah

Selain dijadikan tempat ibadah, agenda keagamaan telah di adakan. Sambutan mengadakan program sambutan hari kebesaran :

i. Malam Maulidur Rasul

ii. Malam Israk/Mikraj

iii. Malam Nisfu Sa’aban

iv. Malam Asyura

v. Malam Ma’al Hijrah

Dengan jemputan penceramah tempatan dan luar.


Majlis Qulliah selepas magrib

i. Hari Jumaat - Ustaz Safie Ismail

ii. Hari Sabtu - Ustaz Saridan

iii. Hari Isnin - Ustaz Ismami Noh

iv. Hari Rabu - Tuan Guru Haji Said Abdullah

v. Malam Jumaat - Majlis Bacaan Yassin/Majlis Tahlil



Agenda Bulan Ramadhan

i. Mendirikan solat teraweh dengan imam tempatan dan luar

ii. Majlis tadarus selepas solat teraweh

iii. Majlis berbuka puasa disediakan oleh masjid

iv. Petang majlis pembahagian bubor kanji.

Sumbangan dari ahli jamaah.


Hari Raya Qurban

Selain mendirikan solat sunat hari raya Qurban, sudah tujuh (7) tahun berturut-turut kita mengadakan majlis penyembelihan Qurban. Sebanyak-banyak 10 ekar. Cara pengqurbanan dari anak kariah dan dari luar. Kadar setumpok RM330.00 hingga RM350.00.



Kegiatan untuk belia pula

Sebuah syarikat pengeluar ubatan tradisioanal (Rojam) telah menyumbang empat buah computer untuk kegunaan belia dan pelajar-pelajar tempatan untuk mempertingkat kegunaan alat computer. Syarikat itu juga menyediakan seorang guru bertauliah untuk mengajar. Berjalan lebih kurang setahun, terpaksa diberhentikan kerana pelajar-pelajar kebanyakkannya terpaksa menghadiri kelas-kelas kokurikulum dan ada juga belia salah guna computer untuk hiburan.

Rojam juga menyediakan peralatan sukan, seperti badminton, bola ping pong dan sepak takraw. Meja pingpong dan tapak badminton siap dengan garisannya.



Pendidikan Untuk Anak-Anak Kampung

Kita menyediakan tiga kelas fardhu Ain dengan kerjasama KAFA. Juga disediakan tiga guru dengan kehadiran murid seramai 90 orang. Sesi Pelajaran dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Tiga hari seminggu : Ahad, Isnin Dan Selasa

Hari Rabu Kelas Quran dan Tajwid

Dibawah seliaan masjid. Sumbangan dari Jabatan Agama Islam hanya RM120.00 setahun.



Sedikit periwat/pengasas Masjid Kampung Berjaya :

Nama Asal ‘Madrasah Alittihadadiah Khairiah’

Pengasasnya dibawah kesini dari ‘Kampung Telok Wanjah’

Allahyarham Tuan Haji Muhammad Mahmood

Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Shamsuddin

Allahyarham Tuan Haji Wan Abdul Hamid Ahmad

Allahyarham Tuan Haji Ali Sinta

Allahyarham Tuan Haji Marzuki Abdul Hamid

Allahyarham Tuan Haji Mohd Zain

Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid Hassan

Allahyarham Tuan Haji Safie

Allahyarham Tuan Haji Ishak Muhammad.



__________________________________________

PENGHARGAAN

Jawatankuasa masjid mengalu-alukan segala sokongan dan pandangan tuan-tuan didalam rungan ini serta bahan untuk hebahan dengan mendahului ucapan ribuan terima kasih