Jumaat, 27 November 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA/KORBAN 1430/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
(dihantar oleh musa morad)

TERLEBIH DAHULU SAYA MENGAMBAL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA/KORBAN MAAF ZAHIR & BATIN.

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana diberikan kesihatan yangbaik kepada saya dan juga memberi sedikit ilham untuk saya mencatitkan apa yang dilalui pada hari ini untuk tatapan bersama. Didalam keadaan cuaca pagi yang amat baik untuk kita untuk menyambut sambutan hari raya aidiladha/korban, cuaca yang begitu cerah pada awal pagi lagi begitu memudahkan kita semua anak kariah/jemaah yang berada di persekitaran masjid kampung berjaya untuk keluar beramai-ramai bagi menunaikan sembahyang sunat hari raya aidiladha/korban. Anak kariah/jemaah masjid kampung berjaya telah keluar beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi menuju ke masjid bagi memgambil tempat masing-masing untuk tujuan persediaan bagi menunaikan solat sunat aidiladha yang akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Pihak jawatankuasa masjid juga tidak ketinggalan menyediakan dua buah khemah sebagai persediaan jika anak kariah yang datang untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya korban sudah memenuhi ruang didalam bangunan masjid maka yang selebihnya akan menunaikan sembahyang diluar bangunan masjid dibawah khemah yang telah disediakan oleh pihak jawatankuasa. Khemah ini juga disediakan bagi tujuan keselesaan anak kariah jika berlakunya hujan.

Seramai lebih kurang 300 orang anak karian/jemaah masjid kampung berjaya telah keluar menunaikan sembayang sunat hari raya aidiladha/korban pada hari ini.
































__________________________________________

PENGHARGAAN

Jawatankuasa masjid mengalu-alukan segala sokongan dan pandangan tuan-tuan didalam rungan ini serta bahan untuk hebahan dengan mendahului ucapan ribuan terima kasih